KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, sebentar tadi.
AT-M Ad
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Katanya, selain itu kerajaan juga akan mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat dan pelantikan juru perunding untuk projek kerajaan juga akan diperketatkan.
"Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua pejabat kerajaan," katanya.
- BERNAM

Post a Comment